Tuesday 9 December 2014

Maaf aku terpaksa

Maaf aku terpaksa....

Dulu pernah satu ketika kita menjadi sahabat setia.. dimana ada aku, pasti kau juga ada.. Saling memahami dan memerlukan. Kau seumpama saudara yang sering memberi kata nasihat dan tidak pernah jemu mengingatkan aku tentang kehidupan. Saat aku jatuh tersungkur kau ada di sisi menemani..

Tapi itu suatu ketika dulu... saat di mana kau tidak mula menyimpan rahsia dariku, saat kau tidak menikamku dari belakang.. saat kau tidak pernah sanggup merampas kebahagiaan sahabatmu sendiri..

Pernah satu saat aku menangis terduduk kerana tidak pernah seinci aku menyangka yang sahabat ku sanggup mengkhianati ku sejauh itu... Saat aku meniti ertinya bahagia kau menjadi gunting dalam lipatan menikam-nikam aku sehingga tiada ruang untuk bernafas... Kenapa? Mengapa??

Mereka seakan tidak percaya apa yang terjadi antara aku, kau dan dia... Aku yang dulunya jalan bergandingan dia kini ditukar ganti dengan kau yang berpimpin tangan dengan dia dibelakangku... Mana setiamu sahabat??

Sedang satu dunia tahu aku dan dia menyulam rasa dan rindu hampir 6 purnama lamanya... tiba-tiba lenyap dalam kelamnya malam .. bila siangnya kau yang menyulam perasaan bersama dia.. Tidakkah aku mati terkejut dengan perbuatanmu..

Padahal baru minggu lepas ku nyatakan yang aku dan dia sudah ke tahap serius.. kenapa sahabat?? begitu kejam kau menikam aku.. aku takkan pernah kecewa kalau kau ambil duit dan pakaian ku saat kau tiada apa..aku tidak berkira saat kau minta sesuap nasi .. tapi saat kau rampas kebahagiaanku , saat itu jugalah kau putuskan persahabatan kita .

Sampainya hatimu ketika itu melihat airmataku berjuraian jatuh dari kelopak mata.. pabila dia meninggalkan aku dengan alasan yang tak kukuh... aku terdiam tidak terkata... rasa pahit setiap kebenaran yang ku telan saat itu..

Kau mula mengatur langkah, menyalahkan aku punca perpisahan itu.. menuduh aku tidak setia.. pada siapa aku curang??? kau reka bermacam cerita supaya dia menyisihkan aku sejauh mungkin.. jangankan panggilan ku, tiap baris pesanan ku tidak pernah dibalas dia..

Kesalnya aku kerana tidak dapat membetulkan keadaan yang kau porak porandahkan sahabat.. Kau rampas segala kenangan sekelip mata dengan senyum sinismu melihat aku kalah pada takdir..

Dalam diam kau menyimpan niat yang tidak pernah ku menyangka.. dan hari ini kau dan dia ingin memohon maaf.. rasanya sudah terlambat untuk itu.  kerana kau dan dia sudah cukup memberikan ku cerita duka yang tiada galang gantinya... Bahagiakah kau dengan caramu? setakat mana bahagiamu kalau dia seakan tidak sebahagia yang ku lihat dihari persandingan kau dan dia..

Dia pernah menitip rasa rindunya padaku .. aku diamkan kerana aku tidak akan pernah menikam sahabat ku seperti kau menikamku dulu.. Walaupun kini ku tahu dia seakan tidak bahagia, biarlah.. semua diatas perlakuan yang kau dan dia pilih...

Kalau hari ini aku menyisihkan kau dan dia..maafkan aku terpaksa.. Jikalau hari ini jari ku menekan butang sekatan ke atas kau dan dia...maaf aku terpaksa.. Kalau hari ini kau hubungiku bercerita masalah rumahtanggamu ,maaf aku sekat panggilanmu...aku terpaksa.. aku akan lenyap selamanya dari hidup kau dan dia walaupun cuba kau cari dan bina semula persahabatan.. aku tidak berdendam tapi aku tidak ingin melihat luka yang kau berikan dulu semasa kau masih sahabatku...

Maaf semuanya kerana aku terpaksa..demi masa depan kita .... maaf aku terpaksa putuskan persahabatan demi kebahagiaanmu... Maaf sahabat aku terpaksa..

9 Disember 2014
09:57
Izzan